Wednesday, November 26, 2008

Gerrard bawa The Reds mara

Liverpool meneruskan rentak yang baik di peringkat Eropah apabila menang tipis 1-0 keatas Marseille pagi tadi pada perlawanan UEFA Champion League. Gol kemenangan Liverpool di jaringkan oleh kapten berpengaruh Steven Gerrard pada minit ke 23. Keputusan tersebut membolehkan anak didik Rafael Benitez mara ke peringkat kalah mati bersama-sama kelab dari Sepanyol Atlético Madrid yang menundukkan PSV Eindhoven 2-1. Sekali lagi peranan Gerrard amat penting dalam mencorak kemenangan The Reds. Keputusan perlawanan mungkin sebaliknya jika Gerrard tidak beraksi. Pertahanan Liverpool yang ditunjangi oleh Jamie Carragher dan Daniel Agger ternyata bermain baik dengan menyerap asakan dari pasukan pelawat yang bermain baik pada separuh masa kedua. Siapa agaknya lawan Liverpool di peringkat kalah mati nanti? Tunggu jer la.

Sunday, November 23, 2008

TELUR AYAM KEPADA TOP 3

Pelik. Itulah keputusan EPL sabtu lepas. Nasib ‘Top 3’ Chelsea, Liverpool dan Man Utd mengalami keadaan yang sama semuanya keputusan ‘telur ayam’ diikat 0-0 oleh lawan masing-masing. Macam sehati sejiwa pulak. Nasib Arsenal pulak bungkus lagi. Kali ni tumbang ditangan Man City yang membolehkan si Mark Hughes tensenyum.
Newcastle Utd, Fulham dan Aston Villa ternyata mempamerkan aksi yang baik menyerap semua serangan dari lawan masing-masing. Kredit diberikan kerana berjaya mengekang asakan bertubi-tubi dari Chelsea, Liverpool dan Man Utd. Jika dilihat dari segi penguasaan bola (ball possession), ketiga-tiga ‘top 3’ ini sememangnya mereka lebih banyak menguasai permaianan tapi apakan daya, tiada penyudahan yang baik mereka sekadar berpuas hati dengan satu mata. Musim masih lagi panjang. Menjelang Januari nanti kita akan menjangka siapa yang bakal mearih EPL.

Tahniah Gazza….team kesukaan ko berjaya memberikan sebiji telur ayam pada Chelsea di Stamford Bridge…hehe..heh..he.. Haziman ko jangan mare arrr…Liverpool pun dapek gak tolur ayam free…den gurau yo..

Saturday, November 15, 2008

Bolton 0 Liverpool 2

Liverpool bangkit semula dari kesuraman kekalahan 2-4 ditangan Spurs pada Piala Carling apabila membenam Bolton 2-0 malam tadi hasil tandukan masing-masing oleh Kuyt dan Gerrard. Benitez seperti dijangka menurunkan barisan utamanya dan meletakkan Torres dibangku simpanan. Malam tadi memang banyak jaringan boleh dihasilkan. Tidak kurang dari 5 percubaan yang gagal disudahkan dengan baik oleh The Reds. Seteru utama Chelsea dan Man Utd pula mencatatkan kemenangan untuk merancakkan saingan liga. Perlawanan semalam juga menyaksikan ada yang tak kena dengan Arsenal apabila tunduk 0-2 di laman sendiri ketika menentang AstonVilla. Apa sudah jadi dengan anak didik Arsene Wenger yang minggu lalu bergaya menundukkan Man Utd 2-1 tetapi cukup hambar malam tadi.? Apa hal sekalipun dengan musim yang telah melalui sepertiga, macam-macam boleh berlaku masih terlalu awal untuk meletakkan kejuaraan kepada sama ada Liverpool, Chelsea atau Man Utd atau juga Arsenal.

Tuesday, November 11, 2008

Javier Mascherano pilihan Maradona


Javier Mascherano dipilih oleh jurulatih Argentina, Diego Maradona untuk mengetuai skuad kebangsaan Argentina. Pemilihan ini merupakan satu perhormatan buat beliau khasnya dan skuad Liverpool amnya. Legenda Argentina pada Piala Dunia 1986 itu sanggup turun ke ke England untuk memujuk Mascherano menjadi kapten pasukan. Ujar Maradona, “Saya memujuknya. Saya perlukan dia sebagai kapten”.
Jika dilihat dari corak permainan yang ditunjukkan oleh Mascherano semasa beraksi di padang, adalah wajar Maradona melantiknya sebagai kapten pasukan Argentina. Permainan yang bersahaja, rajin, kawalan bola yang baik dan berusaha merebut bola dari pihak lawan serta turut membantu serangan dan pertahanan maka adalah sesuai beliau menjadi “Jeneral” skuad Argentina untuk menyambung baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010.

Saturday, November 8, 2008

Malam 'Robbie Keane'

Setelah mengharungi 11 perlawanan liga tanpa sebarang jaringan, akhirnya awal pagi tadi Robbie Keane menemui sentuhan golnya. Dua jaringannya membantu Liverpool mengalahkan West Brom 3-0. Alvaro Arbeloa juga turut mencatat nama sebagai penjaring yang mana gol yang hasilkannya adalah gol sulung beliau sejak menyertai The Reds. Perlawanan tesebut juga mengembalikan penyerang Sepanyol, Fernando Torres kembali beraksi setelah 6 perlawanan dan diletakkan sebagai pemain gentian. Keseluruhannya pasukan Liverpool menunjukkan prestasi yang baik dalam perlawanan ini dan ia sebagai pembakar semangat menjelang pertemuan semula dalam masa dua minggu dengan Spurs untuk Piala Carling. Pada minggu lepas yang menyaksikan Liverpool tewas 1-2 ditangan Spurs, ada yang tidak kena dengan permainan yang ditunjukkan oleh Keane ketika menentang kelab lamanya. Apa-apa pun aku menjangkakan Benitez akan menurunkan skuad yang berbeza dalam pertemuan kedua dengan Spurs rabu ini. Yang nyata The Reds akan bangkit dan membalas dendam kekalahan dengan Spurs dalam perlawanan liga.

Friday, November 7, 2008

THE KOP

Salam..aku adalah salah seorang diantara berjuta di dunia peminat kelab ternama di EPL, LIVERPOOL. Laman ini dihasilkan sebab aku amat meminati kelab ini. Bukannya baru lagi aku meminati kelab agung dari England ini. Dah lama aku minat dan menyokong kelab ni. Sejarah permulaan aku mula meminati kelab ini adalah semenjak aku dari sekolah rendah lagi (masa tu tahun 1984) yang mana tahun ketika itu kelab ini memenangi Piala Eropah (dulu UEFA Champion League dikenali sebagai Piala Eropah kalau tak silap aku). Liverpool masa tu juara kalahkan AS Roma 1-0.
Kemudian setahun lepas tu, 1985 aku tidak melepaskan peluang menonton perlawanan akhir Piala Eropah yang mana kelab ni bertemu dengan kelab dari Itali iaitu Juventus. Masa nak mula game, tu aku saksikan di T.V tragedi di Stadium Brussels, Heysel di Belgium yang mana penyokong Liverpool berusuh dan bergaduh dengan penyokong Juventus. Seramai 39 orang penonton terkorban dalam tragedi itu.
Akhirnya perlawanan berkesudahan dengan Liverpool kalah 0-1 hasil jaringan penalti oleh presiden UEFA sekarang ni, Michael Platini. Itulah pada pendapat aku satu-satunya bencana di perlawanan akhir Piala Eropah yang melibatkan kematian penonton. Selepas dari kejadian tersebut semua kelab England dilarang beraksi di peringkat Eropah.
Nama-nama besar pemain-pemain Liverpool yang aku kenal masa tu ialah (yang aku ingat la..) Ian Rush, Kenny Dalglish, Bruce Grobellar, Jan Molby, Graeme Souness dan beberapa lagi pemain-pemain Liverpool yang seangkatan dengan diorang ni.
Bermula dari tahun 1991 hinggalah kini, kelab ini masih belum lagi merangkul kejuaraan Liga yang kali terakhir dirangkul pada tahun 1990. Kelab ini dibayangi oleh kehebatan kelab seperti Man. Utd, Chelsea dan Arsenal sepanjang tempoh 18 tahun tersebut. Aku berharap pada tahun ini, Liverpool dapat menamatkan penantian kemarau kejuaraan liga dan menggapai semula piala yang telah lama ditinggalkan dari Anfield. Aku tahu, Gerrard, Hyypia dan Carragher antara player lama di dalam team semenjak era hujung 90-an ini begitu kepingin sekali nak mendakap Piala EPL ni. Semoga Rafa Benitez dapat mengulangi kejayaan terakhir yang ditinggalkan oleh Kenny Dalglish.
You'll Never Walk Alone

Thursday, November 6, 2008

The Kop


The Kop at Anfield dates back to 1905-06. At the end of that season which saw Liverpool lift the second of their league championships the directors at the club decided to reward the loyalty of the fans by building a new brick and cinder banking at the Walton Breck road end of the ground. It was christened as the Spion Kop by Ernest Jones in memory of the many scousers who died in battle over a hill in South Africa by the same name during the Boer War.
In 1928 The Kop was altered to terracing and a massive roof added to protect the thousands of fans who gathered to watch their beloved team play. Other teams named their stands as the Kop but the one at Anfield was the original and the best.
The terrace housed the greatest fans in the game and it was often thought that the fans were worth a goal start to the reds. They would try and suck the ball in if their team was losing and in one of the Kop's famous nights they put the fear of God into Inter Milan in a European semi-final.
The Kop was turned into a shrine in 1989 to the 96 fans who were innocently killed at Hillsborough. The fight for Justice still goes on today more than 10 years after the disaster. After the disaster new guidelines were issued about terracing at football games which brought to an end standing at top flight games. And so in 1994 the Kop changed from a terrace to an all-seater Kop Grandstand. The Kop's Last Stand came against Norwich City in May 1994 and Jeremy Goss went down in history as the last player to score in front of the famous terrace.
Pieces of the Kop were put up for charitable sale when the terrace was demolished and some can still be bought in aid of the Forget-Me-Not Campaign.