Friday, November 7, 2008

THE KOP

Salam..aku adalah salah seorang diantara berjuta di dunia peminat kelab ternama di EPL, LIVERPOOL. Laman ini dihasilkan sebab aku amat meminati kelab ini. Bukannya baru lagi aku meminati kelab agung dari England ini. Dah lama aku minat dan menyokong kelab ni. Sejarah permulaan aku mula meminati kelab ini adalah semenjak aku dari sekolah rendah lagi (masa tu tahun 1984) yang mana tahun ketika itu kelab ini memenangi Piala Eropah (dulu UEFA Champion League dikenali sebagai Piala Eropah kalau tak silap aku). Liverpool masa tu juara kalahkan AS Roma 1-0.
Kemudian setahun lepas tu, 1985 aku tidak melepaskan peluang menonton perlawanan akhir Piala Eropah yang mana kelab ni bertemu dengan kelab dari Itali iaitu Juventus. Masa nak mula game, tu aku saksikan di T.V tragedi di Stadium Brussels, Heysel di Belgium yang mana penyokong Liverpool berusuh dan bergaduh dengan penyokong Juventus. Seramai 39 orang penonton terkorban dalam tragedi itu.
Akhirnya perlawanan berkesudahan dengan Liverpool kalah 0-1 hasil jaringan penalti oleh presiden UEFA sekarang ni, Michael Platini. Itulah pada pendapat aku satu-satunya bencana di perlawanan akhir Piala Eropah yang melibatkan kematian penonton. Selepas dari kejadian tersebut semua kelab England dilarang beraksi di peringkat Eropah.
Nama-nama besar pemain-pemain Liverpool yang aku kenal masa tu ialah (yang aku ingat la..) Ian Rush, Kenny Dalglish, Bruce Grobellar, Jan Molby, Graeme Souness dan beberapa lagi pemain-pemain Liverpool yang seangkatan dengan diorang ni.
Bermula dari tahun 1991 hinggalah kini, kelab ini masih belum lagi merangkul kejuaraan Liga yang kali terakhir dirangkul pada tahun 1990. Kelab ini dibayangi oleh kehebatan kelab seperti Man. Utd, Chelsea dan Arsenal sepanjang tempoh 18 tahun tersebut. Aku berharap pada tahun ini, Liverpool dapat menamatkan penantian kemarau kejuaraan liga dan menggapai semula piala yang telah lama ditinggalkan dari Anfield. Aku tahu, Gerrard, Hyypia dan Carragher antara player lama di dalam team semenjak era hujung 90-an ini begitu kepingin sekali nak mendakap Piala EPL ni. Semoga Rafa Benitez dapat mengulangi kejayaan terakhir yang ditinggalkan oleh Kenny Dalglish.
You'll Never Walk Alone

1 comment:

Ramza said...

tahun 1985...aku baru 5 tahun...patutla aku xingat ape2...
tp nama2 pemain liverpool tue aku ingat...bruce grobbelar dgn kepala botak nye....heheheh