Tuesday, November 11, 2008

Javier Mascherano pilihan Maradona


Javier Mascherano dipilih oleh jurulatih Argentina, Diego Maradona untuk mengetuai skuad kebangsaan Argentina. Pemilihan ini merupakan satu perhormatan buat beliau khasnya dan skuad Liverpool amnya. Legenda Argentina pada Piala Dunia 1986 itu sanggup turun ke ke England untuk memujuk Mascherano menjadi kapten pasukan. Ujar Maradona, “Saya memujuknya. Saya perlukan dia sebagai kapten”.
Jika dilihat dari corak permainan yang ditunjukkan oleh Mascherano semasa beraksi di padang, adalah wajar Maradona melantiknya sebagai kapten pasukan Argentina. Permainan yang bersahaja, rajin, kawalan bola yang baik dan berusaha merebut bola dari pihak lawan serta turut membantu serangan dan pertahanan maka adalah sesuai beliau menjadi “Jeneral” skuad Argentina untuk menyambung baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010.

1 comment:

Ramza said...

ko xnak crite pasal diri ko ke..??asik cite pasal liverpool je...erm...blog pon dah nama the kop....Lg satu...ko pon bole reply komen2 ni....